|

Selamat Datang ke laman web rasmi Muzium-Muzium Negeri Perak Darul Ridzuan. Seluruh warga
muzium dan pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kerana kesudian anda mengunjungi laman web rasmi kami.
Negeri Perak yang kaya dengan sejarah tersendiri mempunyai beberapa buah
muzium termasuk sebuah galeri dan kompleks sejarah bagi menempatkan pelbagai
sejarah dan artifak yang berguna sebagai rujukan dan tatapan umum. Oleh
itu, anda bolehlah mendapatkan sedikit maklumat mengenainya melalui laman
web ini dan jika inginkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, kami
amat mengalu-alukan kunjungan anda ke muzium-muzium kami untuk melihat
dengan rapat dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Tiga buah muzium yang dipamerkan melalui laman web ini adalah Muzium Darul Ridzuan Ipoh, Muzium Diraja Kuala Kangsar dan Muzium Beruas. Turut dimuatkan adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak dan merchu tanda baru bagi negeri Perak dalam sektor pelancongan iaitu Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar.
Kelima-lima pusat penempatan artifak dan pengumpulan sejarah ini dibuka untuk kunjungan umum sebagai tempat rujukan dan ianya ditadbir oleh Lembaga Muzium Negeri Perak.
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium
Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
Darul Ridzuan. |
|
Tel/Fax:
05-253 1437 |
|
Email:
admin@muziumperak.
gov.my |
|
 |
|