Muzium-Muzium Negeri Perak Darul Ridzuan


Sejarah Ringkas

Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah.

Bahan Sejarah

MONUMEN-MONUMEN DAN PRASARANA DI KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
  • Rumah Kutai I dan II
  • Tugu Peringatan Birch
  • Tugu Peringatan Pahlawan Perak
  • Tugu Lela Rentaka
  • Tapak Birch dibunuh
  • Terowong Sejarah
  • Galeri Keris
  • Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak
  • Pentas Belatoh
  • Dewan Serbaguna
  • Menara Pandang
  • Jam Suria
  • dan beberapa kemudahan asas untuk pelawat

Bahan- Bahan Pameran Di Rumah Kutai I Dan II Kompleks Sejarah Pasir Salak

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Salinan dokumen berkaitan peristiwa Pasir Salak
Senjata (golok, pedang, lembing, parang, replika senapang dll.
Alat pengangkutan air (Perahu Sagor, Sampan Perak)
Parabot Rumah
Alat-alat tembaga
Pakaian
Peralatan pertanian
Tekatan
Alat bunyian
Manuskrip
Model bangunan (Tandas rakit, Balai Gambang)